KOTA ISKANDAR, 17 Oktober 2025 – SESI ’CLOCK-OUT’ YANG TERAKHIR TUAN HAJI MOHAMAD ABDUL GAFPAR BIN OSMAN

Sesi ‘clock-out’ terakhir bagi Tuan Haji Mohamad Abdul Gafpar bin Osman atau dikenali sebagai ’Apai’, Pembantu Khidmat Am Gred H1 (Pemandu Kenderaan Gred H14 – SSM) yang bertugas di Unit Pentadbiran dan Aset, Bahagian Khidmat Pengurusan, Ibu Pejabat, Jabatan Pertanian Negeri Johor akan bersara wajib mulai 18 Oktober 2025.

Hadir bersama Puan Roswati binti Shalan, Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan; Encik Mohd Rahim bin Jais, Ketua Bahagian Industri Asas Tani; dan Tuan Haji Samsudin bin Md Tarmudi, Ketua Bahagian Pengembangan serta warga kerja Jabatan Pertanian Negeri Johor bagi mengiringi Tuan Haji Mohamad Abdul Gafpar di sesi ‘clock-out’ ini.

Beliau telah menabur bakti selama 36 tahun (30 tahun tetap 6 tahun kontrak) dalam perkhidmatan awam dan juga di Jabatan Pertanian Negeri Johor dengan penuh berkaliber serta berwawasan dalam melaksanakan tugas sebagai Pemandu Kenderaan.

Telah diadakan juga pada pagi tadi untuk beliau bacaan yasin dan tahlil sempena hari terakhir beliau berkhidmat dengan dihadiri oleh Tuan Haji Yosri bin Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor dan warga kerja Ibu Pejabat, Jabatan Pertanian Negeri Johor.

Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan atas jasa dan khidmat bakti yang telah diberikan selama ini. Semoga Tuan Haji Mohamad Abdul Gafpar sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dalam lindungan Rahmat Allah S.W.T.

Nota kaki: Jatuh air mataku. Rindu suara Encik Apai lepas ni 😭

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *