Pejabat Pertanian Daerah Mersing
BANTUAN TUNAI RM200 “ONE-OFF” KEPADA PETANI AGROMAKANAN DUN TENGGAROH
Tarikh: 15 Oktober 2025
Tempat: Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim
Penyerahan bantuan tunai RM200 secara “one-off” kepada petani agromakanan telah disempurnakan oleh
Yang Berhormat Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy, ADUN Tenggaroh
Bantuan ini bertujuan membantu meringankan beban para petani serta menghargai sumbangan mereka dalam memastikan kelangsungan bekalan makanan negara.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. ![]()
Jabatan Pertanian Negeri Johor





