𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑![]()
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊 𝐊𝐄 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑![]()
8 Oktober 2025
Jabatan Pertanian Negeri Johor hari ini menerima lawatan rasmi daripada Jabatan Pertanian Sarawak yang diketuai oleh wakil Ibu Pejabat, Encik Azhari bin Abadul Manap, bersama delegasi pegawai kanan.
Lawatan ini turut disambut oleh Tuan Haji Muhamad Izad bin Zolzali, Ketua Taman Pertanian Johor, bagi sesi perkongsian ilmu dan pengalaman berkaitan pengurusan taman pertanian, amalan pertanian moden serta pembangunan usahawan tani bagi tanaman kelapa di negeri Johor.
Program ini bertujuan memperkukuh jaringan kerjasama antara dua jabatan dalam mempertingkatkan kecekapan pengurusan serta inovasi dalam sektor pertanian negara. ![]()
Objektif Lawatan:
Meningkatkan kerjasama antara Jabatan Pertanian Sarawak dan Jabatan Pertanian Johor.
Berkongsi pengetahuan dan amalan terbaik dalam pengurusan taman pertanian, inovasi teknologi dan pembangunan usahawan tani.
Meninjau pelaksanaan projek agro-komersial dan agro-pelancongan di Negeri Johor sebagai model rujukan.
Lawatan ini menjadi platform penting untuk memperkukuh jaringan kerjasama dua hala dalam usaha memperkasa sektor pertanian negara melalui perkongsian ilmu dan pengalaman. ![]()
Terima kasih kepada semua pegawai dan usahawan terlibat yang memberi kerjasama serta menjayakan lawatan ini. ![]()
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan




































