04.10.2025 – (Sabtu)
Pada hari ini , Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi (Menteri Besar Johor), menyempurnakan Majlis Bantuan Kasih Johor DUN Simpang Renggam. Turut serta Pengarah Pertanian Negeri Johor, Tuan Hj Yosri bin Mohd bersama Timbalan Pengarah Bahagian Operasi, Encik Mohd Suffian Aizudin bin Mohd Saleh.
Sebanyak RM209 juta telah diperuntukan bagi 42 inisiatif tambahan. Menerusi Bantuan Kasih Johor 2025, lebih 170,000 rakyat menerima manfaat bantuan tunai one-off bernilai antara RM200 hingga RM300, meliputi pelbagai segmen masyarakat daripada pelajar, petani, pesara hinggalah kepada usahawan kecil dan golongan rentan serta petugas barisan hadapan yang sentiasa berkhidmat demi kesejahteraan rakyat.
Bagi Parlimen Simpang Renggam yang merangkumi DUN Machap dan DUN Layang-Layang, seramai 3,500 penerima manfaat telah disantuni dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM919,600 melalui Siri 1 dan Siri 2 Program Bantuan Kasih Johor dalam memastikan agar tiada rakyat Johor dipinggirkan daripada arus pembangunan. Inisiatif ini termasuklah:
1. 1,709 ibu tunggal di bawah Insentif Pesona Ibu Tunggal (i-Pesona) dengan bantuan one-off RM300 setiap seorang;
2. 408 warga emas menerima sumbangan tunai RM200 setiap seorang;
3. 775 penerima terdiri daripada petani, penternak, nelayan serta keluarga Orang Asli turut menerima bantuan one-off RM200 setiap seorang.
4. 508 pemandu e-hailing, p-hailing dan teksi, masing-masing menerima RM200 setiap seorang;
5. 154 pekerja pembersihan (SWM) menerima insentif one-off RM200 setiap seorang; dan
6. 11 usahawan kecil wanita menerima bantuan Skim Peralatan Asas Perniagaan berjumlah RM38,500.
Terima kasih diucapkan kepada Dato’ dan Kerajaan Negeri Johor khususnya atas bantuan dan inisiatif ini. Semoga Negeri Johor terus makmur.
MAJU JOHOR!!!
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Negeri Johor
#kementerianpertaniandanketerjaminanmakanan






























