KOTA ISKANDAR, 30 September 2025 – SESI ‘CLOCK-OUT’ ENCIK MOHAMMAD AKMAL BIN JALLAL DI JABATAN PERTANIAN NEGERI JOHOR
Sesi ‘clock-out’ bagi Encik Mohammad Akmal bin Jallal, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N1 di Ibu Pejabat, Jabatan Pertanian Negeri Johor yang akan melapor diri di Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Pontian berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2025 sebagai Pembantu Khidmat Am Gred H1.
Hadir bersama Ketua Bahagian Pembangunan Industri Tanaman, Encik Rosdin bin Kimin serta warga kerja Jabatan Pertanian Negeri Johor bagi mengiringi Encik Akmal di sesi ‘clock-out’ ini.
Serba sedikit mengenai perkhidmatan Encik Akmal di jabatan ini, beliau telah dilantik secara kontrak pada 1 Februari 2023 di Jabatan Pertanian Negeri Johor dan di tempatkan di bawah Bahagian Perintis Keusahawanan Pertanian Johor.
Telah berkhidmat selama 2 tahun 7 bulan, beliau telah menyumbang jasa dan khidmat bakti dengan penuh wibawa dan berdedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan atas jasa dan khidmat bakti yang telah diberikan selama ini. Semoga Encik Akmal sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dalam lindungan Rahmat Allah S.W.T.
Menyusun pantun memakai rima,
Rima dibuat menjadi kisah,
Bertahun-tahun kerja bersama,
Tibalah masa untuk berpisah.
Berasah parang bersepuh lama,
menjadi senjata pahlawan handal,
Susah senang ditempuh bersama,
Menjadi jasa buat yang tinggal.
Bunga kemboja putih berseri,
Putihnya melur dihujung dahan,
Atas kerjasama dan bantuan yang diberi,
Puji syukur dan terima kasih kami ucapkan.
Selamat maju jaya diucapkan. Teruskan kecemerlangan.




