KOTA ISKANDAR, 26 September 2025 – SESI ‘CLOCK-OUT’ PUAN NATASHA BINTI MAHAMAD TABIR DAN PUAN SITI IRDINA ISMAHANI BINTI ISHAK DI JABATAN PERTANIAN NEGERI JOHOR

Sesi ‘clock-out’ bagi Puan Natasha binti Mahamad Tabor, Pegawai Pertanian Gred G10 dan Puan Siti Irdina Ismahani binti Ishak, Pegawai Teknologi Makanan Gred C9 di Ibu Pejabat, Jabatan Pertanian Negeri Johor.

Puan Natasha akan bertukar ke Pusat Latihan dan Pembangunan Pengembangan (PLPP), Wilayah Selatan, Ayer Hitam berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2025 manakala Puan Siti Irdina Ismahani binti Ishak akan menamatkan perkhidmatan juga berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2025.

Hadir bersama Ketua Bahagian Perancangan Strategik, Puan Azlina binti Ahmad Tarmizi dan Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan, Puan Roswati bin Shalan serta warga kerja Jabatan Pertanian Negeri Johor bagi mengiringi Puan Natasha dan Puan Siti Irdina di sesi ‘clock-out’ ini.

Serba sedikit mengenai perkhidmatan Puan Natasha di jabatan ini, beliau mula berkhidmat di Jabatan Pertanian Negeri Johor pada 3 Januari 2023 dan telah menjadi Ketua Bahagian Pengesanan dan Penilaian.

Sepanjang berkhidmat di Jabatan Pertanian Negeri Johor selama 2 tahun 9 bulan, beliau telah menabur bakti dengan penuh berkaliber dan berwibawa dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.

Bagi Puan Siti Irdina pula, beliau telah dilantik secara kontrak pada 1 Februari 2023 di Jabatan Pertanian Negeri Johor dan telah menjadi Ketua Bahagian Perintis Keusahawanan Pertanian Johor.

Telah berkhidmat selama 2 tahun 7 bulan, beliau telah menyumbang jasa dan khidmat dengan penuh keupayaan dan kecekapan serta melaksanakan tanggungjawabnya dengan cemerlang dalam melaksanakan tugas

Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan atas jasa dan khidmat bakti yang telah diberikan selama ini. Semoga Puan Natasha dan juga Puan Siti Irdina sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dalam lindungan Rahmat Allah S.W.T.

Sungguh manis buah rambutan,

Enak dimakan perlahan lahan,

Bila ada sebuah pertemuan,

Pasti datang sebuah perpisahan.

Lipat sirih di tapak tangan,

Letak sekapur dalam dupa,

Budi yang baik jadi kenangan,

Budi puan kami tak lupa.

Tuai padi antara masak

Esok jangan layu-layuan

Intai kami antara nampak

Esok jangan rindu-rinduan.

Santap sarapan di atas meja,

Santapan bersama dengan sahabat,

Bertahun kita bersama kerja,

Hari ini kita berpisah tempat.

Selamat maju jaya diucapkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *