𝟏𝟒 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐉𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐃𝐔𝐍 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐈𝐒𝐊𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑
Program Jelajah Orang Johor DUN Kota Iskandar yang diketuai oleh Y.B. Datuk Hj Pandak Bin Hj Ahmad , ADUN Kota Iskandar pada hari ini telah hadir ke Projek Perusahaan Dodol oleh LARRIEZZ Network di Kg Jelutong Gelang Patah, Johor Bahru. Taklimat berkaitan projek ini telah disampaikan oleh Puan Nur Aizat Binti Abd Razak, Pegawai Pertanian Daerah Johor Bahru.
Perusahaan Dodol yang dijalankan oleh Syarikat LARRIEZZ Network ini dimiliki oleh Puan Noriza Binti Taslim dan En Ramli Bin Komeng dan telah memperolehi insentif PKPJ tahun 2022 (rak troli, mesin masak serbaguna, meja kerja) dan bina baru bengkel industri asas tani tahun 2023.
YB Datuk juga sempat menyampaikan mock cheque bantuan insentif kepada usahawan-usahawan yang menjalankan aktiviti pertanian dan industri asas tani di kawasan DUN Kota Iskandar.
Jabatan Pertanian Negeri Johor mengucapkan setinggi penghargaan kepada YB Datuk Hj Pandak Bin Hj Ahmad serta rombongan Jelajah Orang Johor, seluruh warga kerja Syarikat LARRIEZZ Network, pegawai dan kakitangan Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

















