1 September 2025 | SIAL Shenzhen 2025

PENGARAH PERTANIAN NEGERI JOHOR MELAWAT USAHAWAN IAT JOHOR SEBAGAI TANDA SOKONGAN DI PAMERAN SIAL SHENZHEN 2025

Tuan Haji Yosri bin Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor telah mengadakan lawatan ke Booth Usahawan Negeri Johor sempena pameran perdagangan antarabangsa SIAL Shenzhen 2025 yang berlangsung pada 1-3 September 2025.

Kunjungan ini bukan sahaja sebagai tanda sokongan padu kepada para usahawan Johor yang mengambil bahagian, tetapi juga sebagai dorongan agar mereka terus yakin mempromosikan produk tempatan di pentas global.

Sebanyak empat (4) usahawan Industri Asas Tani(IAT) telah membawa nama negeri Johor ke pentas antarabangsa melalui penyertaan dalam Pameran SIAL Shenzhen 2025. Penyertaan usahawan Johor di pameran ini membuktikan bahawa produk negeri Johor mampu bersaing setaraf jenama antarabangsa, sekali gus mengangkat nama Johor di persada dunia. πŸš€

πŸ“Œ Dalam sesi ini, Pengarah turut menyampaikan kata-kata semangat kepada usahawan Johor:

β€œJadikan peluang ini sebagai pintu masuk Johor ke pasaran dunia β€” terus yakin, terus melangkah.”

Dato’ Onn Hafiz Ghazi

Dato’ Zahari Sarip.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

#pertanianjohor

#mydoa

#doajohor

#majujohor

#mediadigitaljohor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *