1 SEPTEMBER 2025 I SHENZEN, CHINA
πππππ πππππππππππ ππππ ππππππππ ππππ
Majlis Perasmian SIAL Shenzhen 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah pada 1 September 2025 di Shenzhen Convention & Exhibition Center. Majlis ini telah dihadiri oleh Encik Mohd Hafiz bin Ramly, wakil rasmi Pengarah Pertanian Negeri Johor bersama Puan Nooraien binti Haji Zainuddin dari Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPENJ).
SIAL merupakan antara Pameran Perdagangan Industri Makanan dan Minuman terbesar dunia yang menghimpunkan pengeluar, pembeli, pengedar serta pelabur dari serata dunia. SIAL merupakan akronim didalam Bahasa Perancis “Salon International De L’Alimentation,” yang bermaksud Pameran Makanan Antarabangsa.
Jabatan Pertanian Negeri Johor telah merangka satu inisiatif strategik dengan membawa empat Syarikat / Usahawan Industri Asas Tani (IAT) yang terpilih dan menepati kriteria untuk menyertai Pameran ini. Penyertaan ke pameran antarabangsa seperti ini adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri Johor untuk memperkasakan usahawan tempatan serta meneroka pasaran eksport bagi produk makanan dan minuman berasaskan pertanian.
Sejurus selepas majlis perasmian, turut diadakan VVIP Tour oleh Mr Nicholas (CEO SIAL Global Network) ke booth pempamer, dengan tumpuan khusus diberikan kepada Booth Malaysia yang menampilkan produk serta inovasi industri makanan dan minuman Negeri Johor di persada global.
Delegasi Negeri Johor turut bersama dalam acara ini bagi memperkukuh kedudukan di pentas antarabangsa serta membuka peluang strategik dalam industri makanan dan minuman.
Tarikh Program : 1β3 September 2025
Lokasi Program : Shenzhen Convention & Exhibition Center, China
Dato’ Onn Hafiz Ghazi
Datoβ Zahari Sarip.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan







