𝟑𝟏 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑
Seramai 35 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Pertanian Negeri Johor telah menyertai Majlis Perbarisan Dan Perarakan Hari Kebangsaan Tahun 2025 Peringkat Negeri Johor di Daerah Batu Pahat.
Turut hadir sama Tn Hj Yosri Bin Mohd (Pengarah Pertanian Negeri Johor), Pn Mufiddah Binti Mohamad (Pegawai Pertanian Daerah Batu Pahat) dan En Muhammad Faizal Bin Saidi ( Pegawai Pertanian Daerah Muar).
Selain itu terdapat juga Kontinjen Perbarisan Pejabat Pertanian Daerah Muar yang terdiri daripada Pegawai & kakitangan Pejabat Pertanian Daerah Muar serta Pelajar dari Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor.
Pengarah Pertanian Johor mengucapkan setinggi penghargaan dan tahniah buat semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2025 ini.













