𝗣𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗶𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗞𝘂𝗹𝗮𝗶

𝗦𝗘𝗠𝗔𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗥𝗗𝗘𝗞𝗔

Pada tahun 2025, Malaysia menyambut Hari Kebangsaan ke-68 sejak mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Tema sambutan tahun ini ialah “𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜: 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗗𝗶𝘀𝗮𝗻𝘁𝘂𝗻𝗶”, yang membawa mesej kebersamaan, keadilan dan kepedulian terhadap seluruh rakyat.

Sambutan Hari Kebangsaan peringkat daerah telah diadakan di Hutan Bandar Putra, Kulai, dengan pelbagai aktiviti yang meriah dan penuh semangat patriotisme. Majlis disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Aznan bin Tamin Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor,

Wakil rasmi Menteri Besar Johor, Pejabat Pertanian Daerah Kulai turut sama hadir memeriahkan majlis, sekali gus menzahirkan sokongan serta kecintaan kepada negara tercinta.

Bagi warga Jabatan Pertanian Daerah Kulai, kemerdekaan bermakna lebih daripada kebebasan; ia adalah peluang untuk memajukan sektor pertanian, memperkukuh keselamatan makanan negara dan menyantuni komuniti tani setempat. Dengan semangat Malaysia MADANI, warga pertanian berazam untuk terus berkhidmat dengan dedikasi demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran tanah air.

.

.

.

.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Onn Hafiz Ghazi

Zahari Sarip.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *