Tema Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2025

Tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 ialah “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”.

Tema ini diangkat untuk menggambarkan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam memelihara kebajikan rakyat berlandaskan prinsip MADANI yang merangkumi nilai kemanusiaan, keadilan dan perpaduan.

“Rakyat Disantuni” mengingatkan bahawa pembangunan dan kemajuan negara harus dinikmati oleh semua lapisan masyarakat secara saksama.

Tema ini juga menggambarkan aspirasi untuk memastikan rakyat tidak terpinggir daripada arus pembangunan negara, malah disantuni agar suara dan keperluan mereka diutamakan.

Enam nilai teras Malaysia MADANI; kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan, dan ihsan turut menjadi tunjang kepada segala inisiatif kerajaan, memastikan Malaysia terus maju, makmur dan rakyatnya hidup dalam suasana harmoni, saling menyokong serta menghargai kepelbagaian budaya.

Logo & Maksudnya

Logo Hari Kebangsaan 2025 kekal menggunakan logo rasmi Malaysia MADANI yang diperkenalkan sebelum ini dan akan digunakan sehingga tahun 2027.

Logo ini mempunyai reka bentuk yang unik dan simbolik menggambarkan nilai dan semangat tema sambutan iaitu “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 68 Tahun

Ucapan Ikhlas Dari :

Tuan Haji Yosri bin Mohd

Pengarah Pertanian Negeri Johor

Serta Seluruh Warga Kerja

Jabatan Pertanian Negeri Johor

Malaysia Madani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *