𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐋𝐀𝐈
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐒 𝐈𝐒𝐎 𝟗𝟎𝟎𝟏:𝟐𝟎𝟏𝟓 𝐏𝐏𝐏 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐋𝐀𝐈 𝐁𝐈𝐋.𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟓
𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡:
25 Ogos 2025
𝐌𝐚𝐬𝐚:
9.00 pagi
𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭:
Bilik Mesyuarat,
Pejabat Pertanian Daerah Kulai
Lawatan Pemantauan 𝐌𝐒 𝐈𝐒𝐎 𝟗𝟎𝟎𝟏:𝟐𝟎𝟏𝟓 𝐏𝐏𝐏 Negeri ke Pejabat Pertanian Daerah Kulai telah diadakan pada 𝟐𝟓 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟓 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Pertanian Daerah Kulai.
Pegawai pemantau negeri terdiri daripada
𝐏𝐧. 𝐀𝐳𝐥𝐢𝐧𝐚 𝐁𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝 𝐓𝐚𝐫𝐦𝐢𝐳𝐢,
Pegawai Pertanian.
𝐓𝐧. 𝐇𝐣. 𝐒𝐡𝐚𝐦𝐬𝐮𝐝𝐢𝐧 𝐁𝐢𝐧 𝐌𝐝 𝐓𝐚𝐫𝐦𝐮𝐝𝐢
Penolong Pegawai Pertanian.
Majlis dimulakan dengan taklimat ringkas pencapaian daerah bagi tempoh Januari hingga Jun 2025 yang telah disampaikan oleh 𝐓𝐧. 𝐇𝐣. 𝐌𝐚𝐳𝐥𝐚𝐧 𝐁𝐢𝐧 𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐞𝐝 𝐒𝐚𝐥𝐥𝐞𝐡, Pegawai Pertanian Daerah Kulai. Seterusnya, sesi pemantauan dijalankan oleh pihak pemantau.
𝐓𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐦𝐚𝐧𝐭𝐚𝐮𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐢 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤:
Memastikan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001:2015 di peringkat daerah sentiasa mematuhi piawaian yang ditetapkan.
Menilai keberkesanan prosedur kerja, rekod serta dokumentasi bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.
Memberi cadangan penambahbaikan agar pengurusan perkhidmatan pertanian di peringkat daerah lebih cekap, telus dan berkesan.
Lawatan berakhir dengan sesi maklum balas daripada pasukan pemantau negeri dan ucapan penghargaan daripada pihak Pejabat Pertanian Daerah Kulai atas kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung.
.
.
.
.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan




![]()
