Usai Mesyuarat EXCO Kerajaan Johor hari ini, kami bersama YAB Menteri Besar Johor Dato’ Onn Hafiz Ghazi berdiri teguh menunjukkan solidariti menentang sekeras-kerasnya gejala buli di Negeri Johor.
Mari kita bersama-sama menjadikan Johor sebagai negeri bebas buli dengan menanam sikap hormat menghormati serta menolak sebarang bentuk keganasan. Sama ada di sekolah, di tempat kerja mahupun dalam komuniti, budaya buli tidak boleh diterima.
Laporkan setiap kejadian, jangan berdiam diri. Hulurkan bantuan kepada mereka yang menjadi mangsa, dan jadilah suara yang melindungi.
Johor yang harmoni dan sejahtera bermula dengan rakyatnya yang berani menolak keganasan dan menjunjung budaya saling menghormati.



![]()
