๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
KURSUS USAHAWAN INDUSTRI ASAS TANI
Tarikh : 13 ogos 2025 (Rabu)
Tajuk Kursus : Kursus hasilan sayuran ( kimchi)
Bertempat : Pusat Pertanian Ayer Hitam, Kluang
Lokasi Amali : Makmal IAT1
Penglibatan : Usahawan dan orang awam
Jumlah peserta : 19 orang
Perasmi : En. Samad bin Md Yusof ( Ketua Bahagian Pembangunan)
Tenaga Pengajar : Pn. Nazirah binti Mohd Nor (Ketua Seksyen Industri Asas Tani ) sambil dibantu oleh pekerja Mystep.
Kursus ini dijalankan selama satu hari dimana pada sebelah pagi, peserta diberikan ilmu teori berkaitan hasilan sayuran kimchi , prinsip asas fermentasi sayuran, contoh contoh fermentasi sayuran yang ada, jenis- jenis kimchi serta bahan-bahan dalam pembuatan kimchi.
Kursus diteruskan dengan amali pembuatan kimchi dimana peserta berpeluang membuat sendiri baechu kimchi iaitu kimchi berasaskan kobis nappa dan juga kimchi daripada timun. Peserta juga mempelajari cara pembuatan sawi jeruk iaitu daripada sayur sawi pahit.
Melalui amali ini,para peserta dapat mendalami dan memahami kaedah terperinci dalam pembuatan kimchi serta dapat menambah pendapatan kepada mereka .
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Negeri Johor


























![]()
