Menutup rasmi Program IPM 2.0 – Integrated Pest Management atau Pengurusan Perosak Bersepadu anjuran Jabatan Pertanian Negeri Johor di Pusat Pertanian Ayer Hitam. Dalam program ini peserta didedahkan dengan amalan pengurusan perosak tanaman pertanian untuk tujuan eksport dan prosedur pengeksportan.
Selain itu, program hari ini telah menemukan pengeksport dengan para peladang. Ia antara lain bertujuan membuka pasaran baru bagi peladang dan bagi mengatasi isu bekalan di pihak pengeksport. Dalam masa yang sama, kami harap dapat menambah hasil eksport negeri dan mengatasi isu lambakan hasil pertanian.
Hadir sama dalam majlis ini ialah Wakil Rasmi Pengarah Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Jabatan Pertanian Malaysia, Pegawai Daerah Kluang, Pengarah Pertanian Negeri Johor dan Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri Johor, pegawai2 pertanian negeri dan daerah, para pengeksport dan peladang










![]()
