Lawatan ke Daily Fresh di Simpang Renggam, sebuah sykt Peneraju Produk Berasaskan Jagung yang ditubuhkan tahun 1998. Kini Daily Fresh telah beroperasi hampir 27 tahun, dan merupakan salah satu pengusaha industri asas tani (IAT) yang berjaya di Johor.

Dengan lebih daripada 1,600 outlet di seluruh negara, Daily Fresh terus berkembang pesat dalam menawarkan produk-produk inovatif berasaskan jagung dan durian seperti aiskrim, pizza dan gelato yang mendapat sambutan hangat daripada pengguna.

Kejayaan Daily Fresh tidak hanya tertumpu kepada pasaran tempatan, malah syarikat ini turut menembusi pasaran antarabangsa dengan membuka cawangan dan mengeksport produk ke beberapa negara termasuk Singapura, Arab Saudi, China, Indonesia dan Turki.

Sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dalam memperkasakan teknologi pertanian, Daily Fresh telah menerima insentif geran berjumlah RM150,000 di bawah Program Memperkasa Teknologi dan Mekanisasi Pertanian, anjuran Jabatan Pertanian Negeri Johor pada tahun 2024.

Turut serta dalam lawatan ini termasuk Ybhg Pegawai Daerah Kluang, YDP Majlis Daerah Kluang, Ybhg Pengarah Pertanian Negeri Johor serta pegawai2 pejabat pertanian negeri dan daerah

#majujohor

#pertaniansatuperniagaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *