Task Force Kos Sara Hidup Negeri Johor.
Pagi ini saya bersama-sama hadir bersama rakan-rakan EXCO dan Ketua-ketua Jabatan/Agensi dalam Mesyuarat Jawatankuasa Task Force Kos Sara Hidup Negeri Johor yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor.
Beberapa cadangan dan kertas kerja telah dibentangkan dalam mesyuarat pagi ini. Bagi pihak Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar, kami telah membentangkan cadangan pelaksanaan Program Jualan Kasih dan Jualan Rahmah Khas, yang dijangka akan memberi potongan harga istimewa kepada lebih 3 juta penerima manfaat di seluruh negeri.
Cadangan ini melibatkan pelaksanaan jualan di 56 kawasan DUN di seluruh Johor, dengan kerjasama strategik antara FAMA dan KPDN Johor.
Insya-Allah, program ini akan membantu meringankan beban rakyat, khususnya dalam menghadapi tekanan kos sara hidup yang semakin mencabar.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Menteri Besar Johor atas keprihatinan yang tinggi terhadap kebajikan rakyat. Moga Allah SWT terus mengurniakan kesihatan yang baik dan kekuatan kepada YAB untuk mentadbir Johor ke arah negeri yang maju, makmur dan sejahtera.








![]()
