Alhamdulillah. Pengiktirafan Buat Wira Tani Johor di HPPNK 2025!
Kerajaan Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada wira tani dari Negeri Johor yang telah menerima anugerah sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 yang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah pada 1 hingga 3 Ogos 2025, iaitu kepada;
1. Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sri Medan, Batu Pahat – Pemenang Anugerah Pertubuhan Peladang Jaya.
2. Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sedili, Kota Tinggi – Pemenang Anugerah Persatuan Nelayan Jaya.
3. Tani Komuniti Kampung Datoโ Abdul Rahman Yassin (KDARY), Kluang – Pemenang Anugerah Kumpulan Wanita Jaya.
4. Perladangan Berkelompok Sawah Kesang Tasek, Tangkak – Pemenang Anugerah Kumpulan Tani Komersil Jaya.
Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan Negeri Johor, malah membuktikan bahawa usaha gigih, semangat kerjasama dan daya inovatif para peladang, penternak dan nelayan kita mampu melonjakkan sektor agromakanan ke tahap yang lebih tinggi.
Sempena sambutan ke 50 tahun, HPPNK 2025 bertujuan mengiktiraf dan mempromosikan sektor pertanian, penternakan dan perikanan sebagai pemacu pembangunan negara, di samping memperkenalkan teknologi terkini dan menarik minat orang muda dan para pelabur. Ia juga menjadi platform bagi peladang, penternak dan nelayan berkongsi pengetahuan, pengalaman dan peluang perniagaan.
Kerajaan Negeri Johor melalui portfolio Jawatankuasa Pertanian turut terlibat secara langsung dengan mengetengahkan produk usahawan tempatan, mempamerkan pencapaian sektor agromakanan negeri, serta membuka ruang kerjasama strategik dalam bidang ini. Terima kasih kepada semua jabatan/agensi di bawah portfolio ini yang menjayakan inisiatif ini.
Insyaallah, Kerajaan Negeri di bawah pimpinan YAB Menteri Besar Johor, Datoโ Onn Hafiz Ghazi akan terus komited memperkasakan sektor agromakanan menerusi pelbagai inisiatif untuk manfaat menyeluruh, terutamanya kepada para pengusaha yang terlibat.
Syabas dan tahniah diucapkan atas kecemerlangan yang ditunjukkan. Semoga pencapaian ini menjadi pencetus inspirasi kepada semua warga petani, penternak dan nelayan di Negeri Johor untuk lebih berjaya!


























![]()
