Pertanian Lestari, Makanan Terjamin: Menyahut Cabaran Agromakanan Negara

.

.

Dalam usaha menjamin keterjaminan makanan negara secara mampan, Jabatan Pertanian terus memperkukuh pendekatan berasaskan teknologi dan kelestarian menerusi pelbagai program strategik di seluruh negara termasuk negeri Sabah.

.

Bersempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC), Ketua Pengarah Pertanian, YBhg. Dato’ Nor Sam Alwi tampil secara langsung dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia terbitan RTM bagi mengetengahkan topik penting bertajuk “Pertanian Lestari, Makanan Terjamin: Menyahut Cabaran Agromakanan Negara.”

.

Dalam segmen yang disiarkan pada 2 Ogos 2025 jam 8:40 pagi itu, beliau mengetengahkan peranan strategik Jabatan Pertanian dalam membentuk ekosistem agromakanan yang lebih lestari, moden dan responsif terhadap perubahan semasa.

.

Antaranya termasuk penggunaan teknologi pintar seperti sistem fertigasi, Internet Kebendaan (IoT), pendekatan edibel garden dan kaedah kawalan perosak bersepadu (IPM) yang mesra alam.

.

Selain memperincikan pengisian segmen tanaman bertemakan “Cukup dan Terjamin”, Dato’ Nor Sam turut menyentuh komitmen jabatan dalam memperkasa komuniti tani Sabah melalui program seperti pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), projek pertanian bandar, tanaman herba dan sayuran bernilai tinggi serta usaha memartabatkan tanaman kopi Arabica tempatan.

.

Inisiatif pensijilan myGAP dan myOrganic serta penguatkuasaan Akta Racun Makhluk Perosak 1974 turut diketengahkan sebagai teras penting dalam menjamin keselamatan makanan dan kelestarian alam sekitar.

.

Melalui wawancara tersebut, beliau turut menyeru lebih ramai golongan belia untuk menjadikan pertanian sebagai kerjaya masa depan.

.

“Kita perlu angkat pertanian sebagai satu bidang profesional yang menguntungkan dan berprestij. Generasi muda adalah kunci kepada transformasi agromakanan negara,” ujar beliau.

.

Orang ramai dijemput menonton siaran ini melalui TV1 atau saluran MYTV 101 bagi memahami lebih dekat usaha-usaha transformasi pertanian negara. Bersama kita bina masa depan makanan negara yang cukup, selamat dan lestari.

#myDOA

YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu

YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

YBhg Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Berita RTM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *