Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, atas pengiktirafan sebagai penerima ke-82 Lee Kuan Yew Exchange Fellowship (LKYEF).

YAB Dato’ Onn Hafiz merupakan anak Johor pertama dan rakyat Malaysia kesembilan yang menerima anugerah berprestij ini sejak ia diperkenalkan pada tahun 1991.

Anugerah ini diberikan berdasarkan rekod pencapaian cemerlang serta potensi individu untuk menyumbang kepada pembangunan negara masing-masing, selain memperkukuh hubungan dua hala dengan Singapura.

Penganugerahan ini bukan sahaja mencerminkan kepimpinan unggul YAB Menteri Besar, malah turut membuka ruang yang lebih luas untuk memperkukuh kerjasama strategik antara Johor dan Singapura demi manfaat bersama.

#MajuJohor

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *