PEJABAT PERTANIAN DEARAH TANGKAK
![]()
KARNIVAL DURIAN NEGERI JOHOR 2025 – HARI PERTAMA BERLANGSUNG MERIAH! ![]()
![]()
Dataran Tangkak
26 Julai 2025 (Sabtu)
Alhamdulillah, hari pertama Karnival Durian Negeri Johor 2025 telah berlangsung dengan penuh warna-warni dan kemeriahan! Terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir memeriahkan acara.
Antara aktiviti menarik yang telah diadakan:
Pertandingan Teka Berat Durian – Ramai peserta mencuba nasib untuk meneka berat durian dengan tepat!
Bicara Santai Bersama Pakar Durian – Terima kasih kepada Encik Hazri bin Wagiman dari Unit Kawalan Kualiti Tanaman Negeri Johor atas perkongsian ilmu mengenai agronomi tanaman durian dan amalan pertanian baik.
Jelajah Ruang Pameran & Jualan – Sambutan luar biasa di ruang pameran durian serta produk berasaskan durian!
Pertandingan Mewarna Kanak-kanak – Adik-adik menunjukkan bakat dan kreativiti mereka dengan penuh semangat!
Pertandingan Memasak Berasaskan Durian – Pelbagai resipi unik dan kreatif menggunakan durian dipersembahkan oleh para peserta.
Kepada anda yang belum hadir, jangan risau! Karnival ini akan bersambung esok dengan pelbagai lagi aktiviti menarik! ![]()
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Negeri Johor
Jangan lupa kongsikan gambar anda di sini dengan hashtag:
#KarnivalDurianJohor2025#DataranTangkak#DurianJohor






























![]()
