Alhamdulillah.

Hari ini, team Portfolio Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor telah membentangkan pencapaian semasa bagi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Suku Tahun Kedua (Q2) inisiatif Belanjawan Johor 2025 kepada YAB Menteri Besar Johor, Datoโ€™ Onn Hafiz Ghazi.

Sesi pembentangan ini bukan sahaja berperanan sebagai medium pelaporan terhadap prestasi pelaksanaan inisiatif pembangunan di bawah portfolio ini, malah turut menjadi platform perbincangan strategik, perkongsian maklum balas, serta penambahbaikan yang perlu diberi perhatian segera.

Di bawah portfolio ini, terdapat sebanyak 39 inisiatif Belanjawan Johor 2025, termasuk 22 inisiatif telah dilaksanakan, manakala selebihnya sedang giat dalam proses pelaksanaan. Keseluruhan inisiatif ini melibatkan peruntukan berjumlah RM155 juta. Di samping itu, portfolio ini juga memberikan tumpuan khusus terhadap progres pelaksanaan program dan projek yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan, terutamanya melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) serta kementerian-kementerian berkaitan yang lain.

Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan setiap inisiatif, keutamaan terus diberikan kepada pemantauan berterusan, kerja berpasukan, pendekatan kerja luar biasa termasuk pengurusan secara terperinci (micro-manage), serta libat urus secara turun padang bagi menyantuni seramai mungkin kumpulan sasar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YAB Menteri Besar Johor atas sokongan padu serta panduan berterusan yang diberikan. Ia menjadi dorongan utama dalam memastikan perkhidmatan yang disampaikan benar-benar memberi manfaat kepada kumpulan sasar, khususnya kepada para petani, penternak, nelayan, peladang, komuniti desa, warga FELDA, Masyarakat Orang Asli dan Bangsa Johor secara keseluruhannya.

Gerak kerja ini merupakan amanah yang perlu dipikul dengan penuh komitmen demi merealisasikan aspirasi agenda Maju Johor 2030.

#MajuJohor

#TaniJohor

#DesaJohor

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Imbasan Berita