PEJABAT PERTANIAN DAERAH SEGAMAT

πŸ“Œ MAJESTIC JOHOR x FESTIVAL DURIAN SEGAMAT 2025

πŸ“… 11 – 20 Julai 2025 | πŸ“ Dataran Segamat

Festival Majestic Johor x Durian Segamat 2025 telah berlangsung dengan penuh kemeriahan selama 10 hari di Dataran Segamat, bermula dari 11 hingga 20 Julai 2025.

β €

Program ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Pejabat Daerah dan Tanah Segamat, Majlis Perbandaran Segamat, Tourism Johor, Festival Majestic Johor, dan Jabatan Pertanian Negeri Johor, dengan objektif memperkukuh sektor agro-pelancongan serta mengetengahkan Segamat sebagai hab durian utama di negeri Johor.

πŸ’‘ Sepanjang festival, pengunjung disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik dan informatif seperti:

βœ… Sesi Bertemu Pelanggan – ruang interaksi antara orang ramai dan pegawai pertanian

βœ… Pengenalan varieti durian tempatan seperti Musang King, D24, Udang Merah dan lain-lain

βœ… Pameran penanaman secara hydroponik – pendekatan pertanian moden

βœ… Hebahan berkaitan insentif pertanian dan pensijilan myGAP – maklumat terus kepada petani dan usahawan tani

🌟 KEMUNCAK FESTIVAL – MAJLIS PERASMIAN (19 Julai 2025)

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Encik Mohammad Nazrul bin Abd Rahim, Pengarah Tourism Johor, yang hadir sebagai wakil rasmi kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor.

Turut hadir menyerikan majlis ialah:

πŸ‘€ Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Ezzuddin bin Sanusi, Pegawai Daerah Segamat

πŸ‘€ Yang Berhormat Tuan Haji Anuar bin Abd Manap, Timbalan Yang Dipertua Majlis Kebudayaan Negeri Johor merangkap Ahli Dewan Negeri Kawasan Pemanis

πŸ‘€ Yang Berhormat Tuan Tan Chong, Ahli Dewan Negeri Kawasan Bekok

πŸ‘€ Yang Berusaha Tuan Haji Yosri bin Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor

πŸ‘€ Yang Berusaha Tuan Haji Mohamad Yazid bin Baharudin, Pentadbir Tanah Segamat

πŸ‘€ Yang Berusaha Tuan Haji Mohd. Helmi bin Dato’ Haji Sha’ri @ Shangari, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Segamat

Majlis turut disertai oleh ketua-ketua jabatan, wakil-wakil agensi kerajaan, penghulu-penghulu mukim serta ketua-ketua kampung dari seluruh daerah Segamat.

πŸŽ‰ Acara paling dinanti-nantikan – Makan Durian Percuma – telah menarik kehadiran pengunjung dalam jumlah yang sangat memberangsangkan, dengan 1,322 pek durian diagihkan secara percuma melibatkan lebih 1.5 tan durian segar.

✨ Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan festival ini, khususnya:

πŸ”Ή Pejabat Daerah dan Tanah Segamat

πŸ”Ή Majlis Perbandaran Segamat

πŸ”Ή Tourism Johor

πŸ”Ή Festival Majestic Johor

πŸ”Ή Jabatan Pertanian Negeri Johor

πŸ”Ή Para pempamer, petani, komuniti tempatan serta pengunjung yang memberi sokongan padu sepanjang program berlangsung.

#MajesticJohor#FestivalDurianSegamat2025#DurianJohor#AgroPelanconganJohor

#TourismJohor#MajlisPerbandaranSegamat#JabatanPertanianJohor#PejabatDaerahSegamat#SegamatHebat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *