𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐋𝐀𝐈

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐃𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐈𝐎𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐋 𝐊𝐔𝐋𝐀𝐈

Kulai, 17 Julai 2025 – Kempen Penggunaan Lada Malaysia 2025 telah dilancarkan secara rasmi dalam satu majlis penuh meriah yang berlangsung selama empat hari, bermula dari 17 hingga 20 Julai 2025 bertempat di IOI Mall Kulai, Johor. Program ini berlangsung setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung pelbagai lapisan masyarakat.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗕𝗲𝗿𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗖𝗵𝗮𝗻 𝗙𝗼𝗼𝗻𝗴 𝗛𝗶𝗻, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, menandakan komitmen kerajaan dalam memperkukuh industri lada negara serta menyokong usahawan tempatan yang berkecimpung dalam sektor komoditi berasaskan lada.

Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗕𝗲𝗿𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁 𝗗𝗮𝘁𝗼 𝗔𝗻𝘆𝗶 𝗡𝗴𝗮𝘂, Pengerusi Lembaga Lada Malaysia, yang menekankan kepentingan memupuk kesedaran masyarakat terhadap keunikan dan potensi lada tempatan, terutamanya lada hitam, sebagai komoditi bernilai tinggi yang mampu menjana ekonomi.

Turut sama memeriahkan majlis ialah Pengarah Pertanian Negeri Johor, 𝗧𝘂𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗬𝗼𝘀𝗿𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗠𝗼𝗵𝗱, serta 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗕𝗲𝗿𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁 𝗪𝗼𝗻𝗴 𝗕𝗼𝗿 𝗬𝗮𝗻𝗴 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senai.

𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐣𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧 𝐢𝐧𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤:

💥Memperkenalkan dan mempromosikan pelbagai produk berasaskan lada Malaysia kepada orang ramai.

💥Memberi peluang kepada pengusaha tempatan untuk memperluas pasaran mereka secara langsung kepada pengguna.

💥Menggalakkan penggunaan lada tempatan dalam masakan dan produk hiliran lain.

💥Menyokong inisiatif kerajaan dalam memperkasakan industri komoditi negara, khususnya lada hitam.

Kempen ini melibatkan 36 pempamer dari seluruh Malaysia yang mengetengahkan pelbagai produk inovatif berasaskan lada hitam, seperti rempah ratus, makanan segera, makanan kesihatan, minyak pati, dan produk kecantikan. Para pengunjung bukan sahaja berpeluang mengenali pelbagai jenis produk tempatan, malah turut diberi pendedahan tentang proses penanaman, pemprosesan serta nilai komersial lada Malaysia yang berkualiti tinggi.

Program ini juga diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti demonstrasi masakan, sesi taklimat dari Jabatan Pertanian Negeri Johor , pertandingan kahoot yang menjadikan kempen ini bukan sahaja bermaklumat malah menghiburkan.

Penganjuran program seumpama ini diyakini dapat membuka lebih banyak peluang perniagaan kepada usahawan tempatan, memperkukuhkan daya saing produk lada Malaysia di pasaran tempatan dan antarabangsa, serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepelbagaian produk komoditi negara.

.

.

.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Mohamad Sabu

Onn Hafiz Ghazi

Yosri Mohd

#pertanianjohor

#mydoa

#doajohor

#majujohor

#mediadigitaljohor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *