PEJABAT PERTANIAN DAERAH KLUANG
Lawatan Pemantauan Projek Tanaman Padi di Sawah Kahang oleh En. Muhamad Rizzuan bin Mansor Penolong Pegawai Pertanian Pengembangan dan En. Mohd Rahim bin Zailan APT Mukim Kluang 2 / Kahang yang baru.
Pemantauan dibuat untuk memastikan kejayaan projek tanaman padi dan mencapai objektif yang ditetapkan. Ini termasuk meningkatkan hasil padi dengan mengenalpasti masalah yang boleh menjejaskan hasil padi seperti serangan penyakit dan kekurangan nutrien, mengawal rumpai dan perosak. Ini membolehkan tindakan kawalan yang cepat dan berkesan diambil untuk mengurangkan kerosakan pada tanaman padi serta memastikan kesuburan tanah dengan mengetahui keadaan tanah, langkah-langkah yang sesuai dapat diambil untuk meningkatkan kesuburan tanah. Selain itu pemantauan juga bertujuan untuk mengumpul data dan maklumat penting mengenai pesawah dan kawasan sawah.






![]()
