𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐋𝐀𝐈
𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐒𝐚𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐝𝐢, 𝐓𝐚𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡
“𝘗𝘦𝘳𝘱𝘪𝘴𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘩𝘢𝘯𝘺𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘫𝘢𝘳𝘢𝘬, 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘨𝘢𝘬𝘩𝘪𝘳𝘢𝘯 𝘶𝘬𝘩𝘶𝘸𝘢𝘩.”
KULAI, 11 Julai 2025 – Suasana sayu namun penuh mesra menyelubungi Bilik Mesyuarat Pejabat Pertanian Daerah Kulai apabila satu Majlis Perpisahan diadakan bagi meraikan dua orang pegawai yang akan berpindah ke Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru.
Majlis yang diadakan pada jam 2.00 petang ini merupakan tanda penghargaan warga kerja atas sumbangan dan jasa kedua-dua pegawai sepanjang bertugas di sini. Pertukaran pegawai ini adalah sebahagian daripada amalan 𝗷𝗼𝗯 𝗿𝗼𝘁𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 yang diamalkan oleh jabatan demi memperkasa pembangunan profesional dan pengalaman kerja pegawai. Selain meningkatkan kompetensi, ia juga membuka ruang kerjasama merentas daerah yang lebih erat.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa sebagai pembuka majlis, diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Pegawai Pertanian Daerah Kulai, 𝗧𝘂𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗠𝗮𝘇𝗹𝗮𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗲𝗱 𝗦𝗮𝗹𝗹𝗲𝗵. Beliau merakamkan ucapan penghargaan kepada kedua-dua pegawai atas komitmen yang telah diberikan, di samping mendoakan kejayaan mereka di tempat baharu. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada 𝗣𝘂𝗮𝗻 𝗡𝗼𝗿𝗳𝗮𝘇𝘂𝗮𝗻𝗶 𝗕𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗭𝗮𝗶𝗻𝗶, Penolong Pegawai Pertanian Bahagian Pengembangan, serta 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗛𝗮𝗶𝗿𝗶𝗲 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝘀𝗿𝗶, Penolong Pegawai Pertanian BPIT.
Ucapan tulus ikhlas juga disampaikan 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗲𝗹𝘂𝗿𝘂𝗵 𝘄𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 𝗣𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗶𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗞𝘂𝗹𝗮𝗶, yang menyatakan rasa terima kasih dan penghargaan atas segala sumbangan dan kebersamaan sepanjang perkhidmatan di sini.
Sebagai tanda kenangan, pejabat turut menyampaikan hadiah kenang-kenangan kepada kedua-dua pegawai yang diraikan. Majlis menjadi lebih ceria dengan 𝗮𝗸𝘁𝗶𝘃𝗶𝘁𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗸𝗮 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗽𝗲𝗹𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗷𝗲𝗻𝗶𝘀 𝗱𝘂𝗿𝗶𝗮𝗻, yang bukan sahaja menghiburkan, malah merapatkan lagi hubungan sesama warga jabatan dalam suasana santai dan harmoni.
Semoga kedua-dua pegawai yang berpindah akan terus cemerlang di tempat baharu dan membawa nama baik Jabatan Pertanian ke mana sahaja mereka pergi.




















