𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐋𝐀𝐈
𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐋𝐀𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐃𝐈𝐑𝐈 𝐉𝐄𝐌𝐏𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏 𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐄𝐊𝐓𝐎𝐑 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 2025
Pada 10 Julai 2025 (Khamis), Pejabat Pertanian Daerah Kulai telah menghadiri jemputan rasmi ke 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗣𝗲𝗿𝗮𝘀𝗺𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗦𝗲𝗺𝗶𝗻𝗮𝗿 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗔𝗴𝗿𝗼𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗯𝘀𝗲𝗸𝘁𝗼𝗿 𝗧𝗮𝗻𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗶𝗮𝗻 yang diadakan di 𝗛𝗼𝘁𝗲𝗹 𝗞𝗦𝗟 𝗘𝘀𝗽𝗹𝗮𝗻𝗮𝗱𝗲, 𝗞𝗹𝗮𝗻𝗴, 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿. Majlis berprestij ini telah disempurnakan oleh 𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗦𝗲𝗿𝗶 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗯𝗶𝗻 𝗦𝗮𝗯𝘂, 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗶𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘁𝗲𝗿𝗷𝗮𝗺𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻.
Turut sama hadir dalam majlis tersebut ialah 𝗬𝗕𝗵𝗴. 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗡𝗼𝗿 𝗦𝗮𝗺 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗔𝗹w𝗶, 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗶𝗮𝗻, Ybhg Dato’ Sri Norazman bin Ayob, TImbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan, bersama-sama barisan pegawai kanan.
Majlis ini turut menjadi medan penting bagi penyampaian 𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗜𝗻𝗼𝘃𝗮𝘀𝗶 𝗧𝗲𝗸𝗻𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗶𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 2025, yang merupakan kesinambungan daripada pertandingan inovasi yang telah berlangsung pada bulan Jun lalu. Dalam pertandingan tersebut, 𝗣𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗶𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗞𝘂𝗹𝗮𝗶 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗿𝗼𝗷𝗲𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗷𝘂𝗸 “𝗣𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗱𝗮𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗹𝗼𝗻𝗶 𝗞𝗲𝗹𝘂𝗹𝘂𝘁 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗮𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗦𝗠𝗔𝗥𝗧 𝗛𝗜𝗩𝗘 𝗞2”.dan mencatat sejarah manis apabila berjaya meraih tempat kedua dalam pertandingan tersebut.
Kami berasa amat 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗿𝘂 kerana projek inovasi yang diketengahkan oleh Pejabat Pertanian Daerah Kulai telah 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗮𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗺𝗽𝗶𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗶𝗺𝗽𝗮𝗸 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝘀𝗮 𝗮𝗺𝗮𝗹𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗸𝗻𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗶𝗮𝗻 𝗺𝗼𝗱𝗲𝗻, khususnya dalam subsektor pengeluaran hasil kelulut secara lebih sistematik dan mampan. Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan 𝗸𝗼𝗺𝗶𝘁𝗺𝗲𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝘄𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗶𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗞𝘂𝗹𝗮𝗶 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗸𝗲𝗻𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗸𝗻𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂, malah turut menyemarakkan lagi semangat inovasi dalam kalangan pegawai serta komuniti tani setempat.
𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗶𝗻𝗶 𝗺𝗲𝗿𝘂𝗽𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗶𝗸𝘁𝗶𝗿𝗮𝗳𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮 𝗴𝗶𝗴𝗶𝗵, 𝗱𝗮𝘆𝗮 𝗰𝗶𝗽𝘁𝗮 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗲𝗿𝗮𝘁 antara pegawai pengembangan, pentadbir teknikal dan petani dalam menjayakan transformasi pertanian digital yang lebih efisien dan berdaya saing.
Pejabat Pertanian Daerah Kulai mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur dan Kementerian atas peluang yang diberikan, dan beriltizam untuk terus menyumbang idea dan inovasi yang memberi manfaat kepada sektor pertanian negara pada masa hadapan.
.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
.















