𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔

8 Julai 2025 | Selasa

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐇𝐈𝐃𝐑𝐎𝐏𝐎𝐍𝐈𝐊 𝐃𝐈 𝐒𝐊 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐌𝐏𝐎𝐈 𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀

Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru telah dijemput oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Tampoi Utama untuk mengadakan Kursus Asas Hidroponik kepada para pelajar sekolah tersebut.

.

Kursus ini telah disampaikan oleh Puan Rafidah binti Jaes bersama pasukan dari Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru. Sepanjang sesi berlangsung, para pelajar berpeluang untuk mempelajari teknik asas penanaman hidroponik dan turut diberi peluang melakukan aktiviti penanaman secara hands-on.

.

Menariknya, setiap pelajar dibenarkan membawa pulang tanaman hidroponik yang mereka tanam sendiri, sebagai galakan untuk terus memupuk minat dalam bidang pertanian moden.

.

Program seperti ini bukan sahaja memperkenalkan konsep pertanian bandar dan teknologi hijau kepada generasi muda, malah membentuk sikap bertanggungjawab terhadap keselamatan makanan dan kelestarian alam sekitar.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Jabatan Pertanian Negeri Johor

Mohamad Sabu

Arthur Joseph Kurup

Onn Hafiz Ghazi

Zahari Sarip.

Yosri Mohd

#pertanianjohor

#myDoa

#majujohor

#MediaDigitalJohor

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *