KOTA ISKANDAR, 7 Julai 2025 – SESI ‘CLOCK-OUT’ ENCIK MOHD AINOOR BIN AB MAJID DI JABATAN PERTANIAN NEGERI JOHOR

Sesi ‘click-out’ bagi Encik Mohd Ainoor bin Ab Majid, Pemandu Kenderaan Gred H11 (KUP) di Ibu Pejabat, Jabatan Pertanian Negeri Johor yang akan bertukar ke Pejabat Daerah Johor Bahru mulai 1 Julai 2025.

Hadir bersama warga kerja Jabatan Pertanian Negeri Johor bagi mengiringi Encik Mohd Ainoor di sesi ‘clock-out’ ini.

Serba sedikit mengenai perkhidmatan beliau. Dilantik sebagai Pemandu Kenderaan Gred H11 mulai 1 Februari 2021 dan ditempatkan di Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru. Pada 1 April 2021, beliau ditukarkan ke Ibu Pejabat, Jabatan Pertanian Negeri Johor.

Sepanjang berkhidmat di Jabatan Pertanian Negeri Johor selama 4 tahun 5 bulan, beliau telah menabur bakti dengan penuh berkaliber dan berdedikasi dengan tanggungjawab yang diberikan dalam melaksanakan tugas.

Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan atas jasa dan khidmat bakti yang telah diberikan selama ini. Semoga Encik Mohd Ainoor sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dalam lindungan Rahmat Allah S.W.T.

Nona manis nama timangan,

Kecil molek senyuman menawan,

Jasa baktimu sentiasa dikenang,

Budi baikmu kekal diingatan.

Bunga dedap di atas para,

Anak di susun pasang pelita,

Kalau tersilap tutur bicara,

Jemari disusun maaf di pinta.

Tuai padi antara masak

Esok jangan layu-layuan

Intai kami antara nampak

Esok jangan rindu-rinduan.

Santap sarapan di atas meja,

Santapan bersama dengan sahabat,

Bertahun kita bersama kerja,

Hari ini berpisah tempat.

Selamat maju jaya diucapkan. Teruskan kecemerlangan.

** Tadi Encik Ainoor ada buat vtt lagu Kembali Terjalin nyanyian kumpulan SLAM. Terasa sedih pulak min 😢 Sesungguhnya setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *