7 Julai 2025 | Isnin

Nusajaya, Johor

Majlis Pelancaran Rasmi Projek FarmByte Archisen Indoor Vertical Farm (“IVF”).

Johor sebagai hab agroteknologi serantau dan memperkuatkan daya saing industri agro-makanan melalui pertanian moden. Projek ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Zon Ekonomi Khas Johorโ€“Singapura (JSโ€‘SEZ) bagi memperkuat keterjaminan makanan dan memupuk pertanian pintar di Johor

Bersempena dengan itu, satu majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Menteri Besar Johor, YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, bersama dengan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Negeri, Datuk Zahari Sarip telah diadakan di FarmByte Archisen Sdn. Bhd. Taman Perindustrian Nusajaya, Johor.

Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia, Dato’ Nor Sam binti Alwi juga dihadiri oleh Haji Yosri bin Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor dan beberapa tetamu kehormat yang lain.

Projek ini adalah usaha kerjasama strategik antara FarmByte Sdn Bhd (anak syarikat Johor Corporation) dan syarikat agritech dari Singapura, Archisen Pte Ltd yang menyumbang kepada usaha kerajaan negeri dalam melaksanakan polisi hijau dan teknologi lestari.

Fokus projek ini adalah kepada pengeluaran sayur-sayuran premium seperti salad, mustard greens, dan ice plant, dengan sasaran hampir 306,000 kg setahun dan menghasilkan peruntukan 70 % hasil untuk pasaran Singapura, dan 30 % lagi untuk pasaran tempatan Malaysia, lokasinya yang, menempatkan ladang menegak seluas hampir 50,000 kaki persegi (โ‰ˆ4,600 mยฒ).

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Mohamad Sabu

Arthur Joseph Kurup

Jabatan Pertanian Malaysia

Onn Hafiz Ghazi

Zahari Sarip.

Yosri Mohd

MEDIA DIGITAL JOHOR

@top fans

#kementerianpertaniandanketerjaminanmakanan

#myDOA

#PertanianJohor

#doajohor

#MediaDigitalJohor

#MajuJohor

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Imbasan Berita