PEJABAT PERTANIAN DAERAH KLUANG
Pada 26 – 28 Jun 2025 Pejabat Pertanian Daerah Kluang telah dipilih untuk mewakili Jabatan Pertanian Negeri Johor menyertai Festival Kopi Kemaman di Pantai Kemasik, Kemaman, Terengganu. Turut serta adalah wak Syarikat Kluang Coffee, Kluang, Johor.
Tujuan Festival Kopi ini diadakan untuk mempromosi produk – produk kopi serta memberikan pengetahuan tentang penanaman kopi, rantaian kopi, produk-produk hiliran yang boleh dihasilkan daripada pokok kopi. Di Malaysia Kopi Liberica lebih sesuai ditanam.
Antara produk kopi yang dipromosikan adalah produk keluaran Syarikat Big Bean, Paloh dan Syarikat Myliberica, Bukit Nyamuk, Kluang serta pelbagai produk keluaran Kluang Coffee. Syarikat Big Bean mengeluarkan pelbagai produk iaitu Drip Coffee, Bean MKL 04, MKL 05, MKL 06, MKL 07, Honey Black & NCM didalam tube dan juga packaging. Manakala Syarikat Myliberica mengeluarkan produk berasaskan kopi seperti coklat, capsule, bean dan juga uncang. Produk inovasi seperti Blossom Tea daripada bunga kopi dan Cascara Tea daripada kulit kopi. Syarikat Kluang Kopi mengeluarkan produk kopi ‘ready to drink’ iaitu Kopi O, Kopi Cham, White Coffee, Kopi C dan lain – lain.
Semoga industri kopi akan terus membangun dimasa akan datang.
#kementerianpertaniandanketerjaminanmakanan











































![]()
