Syukur Alhamdulillah. Johor terus mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju utama sektor pertanian negara dengan mencatatkan nilai jualan tertinggi berjumlah RM27.2 bilion, berdasarkan statistik terkini Banci Pertanian 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Menjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, atas segala sokongan dan nasihat yang berterusan dalam memacu agenda keterjaminan makanan serta pembangunan ekonomi rakyat melalui sektor pertanian yang inklusif, moden dan berdaya saing.

Pencapaian ini bukan sekadar angka, tetapi manifestasi kejayaan dasar pertanian Johor yang menyeluruh berteraskan perancangan strategik, penglibatan aktif petani, penternak, nelayan, serta sinergi erat antara Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan dan pihak pelabur.

Sebanyak RM68 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri melalui Belanjawan Johor 2025, manakala RM23.4 juta turut disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi menyokong pelbagai program berimpak tinggi. Tumpuan kini diberikan kepada pembangunan R&D, automasi ladang, pertanian pintar serta penyertaan belia, khususnya di Zon Ekonomi Khas Johorโ€“Singapura (JS-SEZ).

Dengan pencapaian ini, Johor bukan sahaja akan terus menjadi tunjang keterjaminan makanan negara, malah bersedia muncul sebagai hab eksport hasil pertanian serantau dan antarabangsa. Semoga usaha ini terus memakmurkan ekonomi negeri Johor dan menjamin kesejahteraan seluruh Bangsa Johor. Insya-Allah.

Allah Peliharakan Sultan

Allah Berkati Johor

#BangsaJohor#MajuJohor#JohorBersih#JohorSelamat#XtifJohor#JohorAgrikultur

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Imbasan Berita