PEJABAT PERTANIAN DAERAH KLUANG

LAWATAN KERJA JAWATANKUASA PILIHAN KHAS PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KEUSAHAWANAN, KOS SARA HIDUP DAN PERTANIAN, DEWAN UNDANGAN RAKYAT PARLIMEN KELIMA BELAS KE JOHOR

Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian, Dewan Rakyat Parlimen Kelima Belas mengadakan lawatan kerja ke Negeri Johor pada 18 – 20 Jun 2025.

Tujuan lawatan ini adalah untuk mempelajari kapasiti dan keupayaan ladang jagung bijian tempatan untuk memenuhi permintaan makanan ternakan dalam negara dan menilai potensi tanaman kelapa dan kopi sebagai komoditi eksport melalui pemprosesan nilai tambah dan pengembangan pasaran antarabangsa.

Antara projek yang telah dilawati di Daerah Kluang adalah :

Nama Syarikat : Gavana Agro Sdn Bhd

Nama Pengusaha : En. Tam Chun Hung

Lokasi Ladang : Mukim Rengam

Jenis Tanaman : Jagung Bijian, Jambu Batu Lo Han dan Daun Pandan

Keluasan : 20.2ha

Lawatan ini telah dihadiri oleh Y.B Tuan Cha Kee Chin, Ahli Parlimen Rasah, Y.B Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Ahli Parlimen Tenggara, Y.B Tuan Tan Kar Hing, Ahli Parlimen Gopeng dan Y.B Dato’ Rosol bin Wahid, Ahli Parlimen Hulu Terengganu.

Turut hadir sama, Sekretariat Parlimen Malaysia iaitu Cik Kaishune Surang, Ketua Penolong Setiausaha, Seksyen Jawatankuasa Pilihan Khas, Bhg. Pengurusan Dewan Rakyat; Puan Hazliana binti Yahaya, Pegawai Arkib, Seksyen Jawatankuasa Pilihan Khas, Bhg. Pengurusan Dewan Rakyat; En. Mohamad Faizal bin Lan, Pegawai Arkib, Seksyen Jawatankuasa Pilihan Khas, Bhg. Pengurusan Dewan Rakyat; En. Aiman Haikal bin Abdul Rahman, Pegawai Arkib, Seksyen Jawatankuasa Pilihan Khas, Bhg. Pengurusan Dewan Rakyat.

Turut hadir sama, En. Mohd Hafiz bin Ramly, Timbalan Pengarah Pertanian Pembangunan Negeri Johor, Pn. Azlina binti Md. Dom, Pegawai Pertanian Daerah Kluang; En Rosdin bin Kimin, Ketua Bahagian Pembangunan Industri Tanaman Negeri Johor, Puan Siti Irdina Ismahani Binti Ishak, Ketua Bahagian Industri Asas Tani Negeri Johor dan kakitangan Pejabat Pertanian Daerah Kluang.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Mohamad Sabu

Arthur Joseph Kurup

Onn Hafiz Ghazi

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *