Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru
𝐊𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬 𝐑𝐚𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐧𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧
anjuran Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru telah berjaya dilaksanakan pada hari ini bertempat di Bilik Gerakan,
Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru.
Seramai 10 orang peserta telah mengikuti kursus ini, yang terdiri daripada 4 orang usahawan makanan dan 6 orang usahawan tani.
𝐎𝐛𝐣𝐞𝐤𝐭𝐢𝐟 𝐤𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬 ini adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta berkaitan penyediaan rancangan perniagaan yang sistematik, berstrategi dan bersesuaian dengan keperluan pasaran serta agensi pembiaya.
Kursus ini turut memberi pendedahan kepada peserta berkenaan struktur, kandungan, dan kepentingan rancangan perniagaan dalam pembangunan perniagaan tani dan industri asas tani.
Penceramah ialah
𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐝𝐚𝐡 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐉𝐚𝐞𝐬
Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru.
.
Di akhir kursus, para peserta menerima sijil penyertaan yang telah disampaikan oleh 𝗣𝘂𝗮𝗻 𝗡𝘂𝗿 𝗔𝗶𝘇𝗮𝘁 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗥𝗮𝘇𝗮𝗸 , selaku Pegawai Pertanian Daerah Johor Bahru.
.
Kursus ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan usahawan serta usahawan tani yang lebih berdaya tahan, progresif dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran dalam memajukan ekonomi masa kini.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Negeri Johor














