GELANG PATAH, 19 Jun 2025 β Seramai 27 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2024 dan 12 orang pesara dan bakal pesara tahun 2025 diraikan dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2024 dan Majlis Sanjungan Budi Tahun 2025 Jabatan Pertanian Negeri Johor yang diadakan di Forest City Marina Hotel, Gelang Patah.
Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datoβ Haji Ismail bin Haji Abu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) mewakili Setiausaha Kerajaan Johor.
Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2024 atas sumbangan yang cemerlang, komitmen yang tinggi dan dedikasi berterusan dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab sepanjang tahun perkhidmatan. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus cemerlang di masa hadapan.
Terimalah pantun empat kerat daripada Tuan Pengarah Pertanian Negeri Johor khas buat penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang:
Kembara IPM ke Pekan Jemaluang,
Berehat sebentar di Tanjung Leman,
Khidmat cemerlang mesti dijuang,
Beroleh sanjungan sepanjang zaman.
Ucapan selamat menikmati alam persaraan kepada pesara dan bakal pesara yang telah dan akan menamatkan perkhidmatan pada tahun 2025. Ribuan terima kasih atas segala sumbangan dan bakti yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan dan akan sentiasa terpahat dalam memori serta lipatan sejarah Jabatan Pertanian Negeri Johor.
Kepada pesara dan bakal pesara, terimalah pantun empat kerat daripada Tuan Pengarah Pertanian Negeri Johor:
Pergi merantau ke negeri selatan,
Berehat sebentar di Kg. Sentosa,
Selamat bersara diucapkan,
Luhur budi dikenang sentiasa.





































