PEJABAT PERTANIAN DAERAH KLUANG
LAWATAN KERJA JAWATANKUASA PILIHAN KHAS PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KEUSAHAWANAN, KOS SARA HIDUP DAN PERTANIAN, DEWAN UNDANGAN RAKYAT PARLIMEN KELIMA BELAS KE JOHOR
Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian, Dewan Rakyat Parlimen Kelima Belas mengadakan lawatan kerja ke Negeri Johor pada 18 – 20 Jun 2025.
Tujuan lawatan ini adalah untuk mempelajari kapasiti dan keupayaan ladang jagung bijian tempatan untuk memenuhi permintaan makanan ternakan dalam negara dan menilai potensi tanaman kelapa dan kopi sebagai komoditi eksport melalui pemprosesan nilai tambah dan pengembangan pasaran antarabangsa.
Antara projek yang telah dilawati di Daerah Kluang adalah :
Nama Syarikat : Myliberica Processing Mill
Nama Pengusaha : En. Jason Liew Boh Chen
Lokasi Ladang : Kg Bukit Nyamuk
Jenis Tanaman : Kopi Liberica
Keluasan : 8.0 ha
Lawatan ini telah dihadiri oleh Y.B Tuan Cha Kee Chin, Ahli Parlimen Rasah, Y.B Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Ahli Parlimen Tenggara, Y.B Tuan Tan Kar Hing, Ahli Parlimen Gopeng, Y.B Dato’ Rosol bin Wahid, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Y.B Datuk Muslimin bin Yahaya, Ahli Parlimen Sungai Besar.
Turut hadir sama, Sekretariat Parlimen Malaysia iaitu Cik Kaishune Surang, Ketua Penolong Setiausaha, Seksyen Jawatankuasa Pilihan Khas, Bhg. Pengurusan Dewan Rakyat; Puan Hazliana binti Yahaya, Pegawai Arkib, Seksyen Jawatankuasa Pilihan Khas, Bhg. Pengurusan Dewan Rakyat; En. Mohamad Faizal bin Lan, Pegawai Arkib, Seksyen Jawatankuasa Pilihan Khas, Bhg. Pengurusan Dewan Rakyat; En. Aiman Haikal bin Abdul Rahman, Pegawai Arkib, Seksyen Jawatankuasa Pilihan Khas, Bhg. Pengurusan Dewan Rakyat.
Turut hadir sama, En. Mohd Hafiz bin Ramly, Timbalan Pengarah Pertanian Pembangunan Negeri Johor, Pn. Azlina binti Md. Dom, Pegawai Pertanian Daerah Kluang; En Rosdin bin Kimin, Ketua Bahagian Pembangunan Industri Tanaman Negeri Johor, Puan Siti Irdina Ismahani Binti Ishak, Ketua Bahagian Industri Asas Tani Negeri Johor dan kakitangan Pejabat Pertanian Daerah Kluang.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia
Mohamad Sabu
Arthur Joseph Kurup
Onn Hafiz Ghazi































![]()
