18 Jun 2025 | Rabu

𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐢𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 𝐁𝐚𝐡𝐫𝐮

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐑𝐀 𝐈𝐏𝐌 𝟐.𝟎 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓

Kursus Aplikasi Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM) Dalam Memenuhi Keperluan Eksport Buah-Buahan.

Lokasi : Dusun Tok Bak, Kampung Sri Aman, Johor Bahru

Peserta; 30 orang peserta

Anjuran: Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru

Dengan tema “𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 𝐌𝐞𝐧𝐞𝐫𝐨𝐤𝐚 𝐋𝐚𝐥𝐮𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚”, program ini memberi tumpuan kepada pengukuhan pengetahuan dan amalan Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM) dalam memenuhi keperluan eksport bagi tanaman buah-buahan.

Antara topik yang dibentangkan termasuk:

✅ Pengurusan perosak tanaman buah-buahan

✅ Pengenalan kepada Spesies Asing Penceroboh (IAS)

✅ Aplikasi Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM)

✅ Panduan pengeksportan tanaman buah-buahan

Penceramah terdiri dari :

🔹 Puan Zaiti Akmal binti Dahlan

🔹 Encik Mohd Faizal bin Adnan

🔹 Puan Noorsakinah binti Sothir

🔹 Encik Wan Faredkhana bin Wan Abdullah.

Diharapkan program ini dapat menjadi pemangkin kepada peluasan pasaran hasil pertanian tempatan ke peringkat antarabangsa serta memperkukuh keupayaan petani dalam menghasilkan produk berkualiti dan berdaya saing.

IPM bukan sekadar teknik kawalan perosak, malah strategi ke arah pertanian mampan dan lestari.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Jabatan Pertanian Negeri Johor

Mohamad Sabu

Arthur Joseph Kurup

Onn Hafiz Ghazi

Zahari Sarip.

Yosri Mohd

#pertanianjohor

#myDoa

#majujohor

#MediaDigitalJohor

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *