𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐋𝐀𝐈

𝐀𝐮𝐝𝐢𝐭 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐌𝐒 𝐈𝐒𝐎 𝟗𝟎𝟎𝟏:𝟐𝟎𝟏𝟓 𝐏𝐏𝐏

( 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐢𝐚𝐧 )

𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 : 17 Jun 2025 (Selasa)

𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 : Bilik Mesyuarat, Pejabat Pertanian Daerah Kulai

𝗣𝗶𝗵𝗮𝗸 𝗣𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗶𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗞𝘂𝗹𝗮𝗶 telah menerima kunjungan audit dalaman bagi Sistem Pengurusan Kualiti 𝗠𝗦 𝗜𝗦𝗢 𝟵𝟬𝟬𝟭:𝟮𝟬𝟭𝟱 khusus bagi Perkhidmatan Pengembangan (PPP) pada 𝟭𝟳 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟱 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat. Audit ini merupakan satu pendekatan berterusan bagi memastikan pematuhan terhadap keperluan piawaian ISO serta keberkesanan pelaksanaan sistem di peringkat jabatan.

Audit ini diketuai oleh 𝗘𝗻. 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗔𝘇𝘂𝗮𝗻 𝗕𝗶𝗻 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗬𝘂𝘀𝗼𝗳, Pengarah Penolong daripada Bahagian Pengembangan Pertanian, Seksyen Pengembangan. Beliau dibantu oleh 𝗘𝗻. 𝗞𝗵𝗮𝗶𝘇𝗮𝗻 𝗕𝗶𝗻 𝗦𝘂𝗵𝗮𝗶𝗺𝗶, Penolong Pegawai Pertanian dari bahagian dan seksyen yang sama, selaku juruaudit kedua.

𝗧𝘂𝗷𝘂𝗮𝗻 𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮 audit ini adalah untuk menilai tahap pematuhan dan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti mengikut keperluan MS ISO 9001:2015 dalam ruang lingkup Perkhidmatan Pengembangan Pertanian. Selain itu, audit ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sebarang ketakakuran, peluang penambahbaikan serta mengesahkan tindakan pembetulan dan pencegahan yang telah diambil.

𝗢𝗯𝗷𝗲𝗸𝘁𝗶𝗳 𝗮𝘂𝗱𝗶𝘁 pula menumpukan kepada penilaian terhadap keberkesanan sistem dalam menyokong pencapaian objektif organisasi, pematuhan terhadap prosedur terdokumen serta penglibatan semua warga kerja dalam budaya kualiti berterusan.

𝗣𝗶𝗵𝗮𝗸 𝗣𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗶𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗞𝘂𝗹𝗮𝗶 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pasukan juruaudit atas pelaksanaan audit yang telus, profesional dan membina. Segala maklum balas serta penemuan-penemuan, akan dijadikan panduan untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan pengurusan dalaman pejabat.

𝗔𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗽𝗮𝗻 pihak pejabat agar audit seumpama ini dapat diteruskan secara berkala sebagai salah satu instrumen penting dalam menjamin kecemerlangan sistem pengurusan kualiti dan menyokong misi Jabatan Pertanian dalam memperkasa sektor pertanian negara secara mampan dan berdaya saing.

.

.

.

.

.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Mohamad Sabu

Arthur Joseph Kurup

Onn Hafiz Ghazi

Zahari Sarip.

#pertanianjohor

#mydoa

#doajohor

#majujohor

#mediadigitaljohor

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *