𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐘𝐄𝐑 𝐇𝐈𝐓𝐀𝐌

KURSUS USAHAWAN INDUSTRI ASAS TANI

Tarikh : 28 & 29 Mei 2025 ( Rabu dan Khamis )

Tajuk Kursus : Kursus soya base

Bertempat : Pusat Pertanian Ayer Hitam, Kluang

Lokasi Amali : Makmal IAT2

Penglibatan : Usahawan dan orang awam

Jumlah peserta : 20 orang

Perasmi : Pn. Hajah Ruzilah binti Ya’acob ( Ketua Bahagian Pembangunan)

Tenaga Pengajar : Pn. Nazirah binti Mohd Nor (Ketua Seksyen Regulatori ) sambil dibantu oleh pembantu khidmat am.

Kursus ini dijalankan selama dua hari dimana pada hari pertama disebelah pagi, peserta diberikan ilmu teori berkaitan prinsip asas pembuatan soya, jenis kacang yang digunakan, bahan- bahan yang digunakan serta resepi dalam pembuatan air soya, tauhu keras, taufufa dan tempe. Kursus diteruskan dengan amali pembuatan tempe dan juga pembuatan tauhu keras di sebelah petang.

Pada hari kedua, peserta mempelajari pembuatan taufufa dan air soya. Peserta diberi peluang menggunakan alatan/ mesin pengisar dan mesin penapis kacang soya yang berada di makmal.

Melalui cara ini, para peserta kursus akan dapat mendalami dan memahami lebih terperinci kaedah penghasilan pelbagai produk berasaskan kacang soya justeru menambah ilmu pengetahuan kepada peserta yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan kepada mereka.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Mohamad Sabu

Arthur Joseph Kurup

Jabatan Pertanian Negeri Johor

Onn Hafiz Ghazi

Zahari Sarip.

#myDOA

#doajohor

#PertanianJohor

#MajuJohor

#MediaDigitalJohor

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *