PUSAT PERTANIAN AYER HITAM
Tarikh : 28 & 29 Mei 2025 ( Rabu dan Khamis )
Tajuk Kursus : Kursus Teknologi Fertigasi (Smart Farming)
Bertempat : Pusat Pertanian Ayer Hitam, Kluang
Lokasi Amali : Petak Tanaman Fertigasi
Penglibatan : Usahawan dan orang awam
Jumlah peserta : 26 orang
Perasmi : Pn. Hajah Ruzilah binti Ya’acob ( Ketua Bahagian Pembangunan)
Tenaga Pengajar : En. Muhammad Akmal Bin Baharim (Ketua Seksyen Sayuran & Tanaman Kontan) sambil dibantu oleh pekerja khidmat am.
Kursus ini dijalankan selama dua hari dimana pada hari pertama disebelah pagi, peserta diberikan ilmu teori berkaitan dengan pengenalan & komponen fertigasi dan agronomi tanaman am (semaian, penanaman & pembajaan).
Di sebelah petang dan hari kedua, peserta diberikan peluang melakukan sendiri (Hand’s On) berkaitan sistem pengairan, penyediaan media, semaian, bancuhan baja, pengurusan perosak dan penyakit secara bersepadu.
Melalui cara ini, para peserta kursus akan dapat mendalami dan memahami lebih terperinci Teknologi Fertigasi (Smart Farming) sebelum dan selepas dengan kaedah yang betul.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Negeri Johor
























![]()
