JOHOR BAHRU, 5 Mei 2025 – Ibu Pejabat, Jabatan Pertanian Negeri Johor telah mengadakan Kursus Pengurusan Kewangan Kerajaan (Tatacara Tuntutan Elaun Lebih Masa dan Tuntutan Perjalanan) di Bilik Seminar, Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru.
Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pegawai mengenai konsep serta tatacara yang betul dalam mengaplikasikan tuntutan tersebut.
Penceramah jemputan adalah daripada Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor, Puan Norhaida binti Ibrahim, Penolong Akauntan Gred W5 dan Puan Rasima binti Shawal, Penolong Akauntan Gred W5.













