𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐋𝐀𝐈

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐒 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈

Pada 23 Mei 2025, satu majlis ringkas telah diadakan bagi meraikan pelajar latihan industri, Cik Nurmaisara binti Jamari, yang telah menamatkan tempoh latihan dari 7 Januari 2025 hingga 23 Mei 2025 di Pejabat Pertanian Daerah Kulai

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada pelajar sendiri yang melahirkan rasa syukur dan ribuan terima kasih kepada seluruh warga pejabat yang telah banyak mencurahkan ilmu dan pengalaman sepanjang tempoh latihan. Pelajar turut menghargai sikap mesra dan tidak lokek dalam berkongsi pengetahuan yang amat membantu dalam memahami suasana kerja sebenar.

Ucapan seterusnya disampaikan oleh Pegawai Pertanian, 𝗧𝘂𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗠𝗮𝘇𝗹𝗮𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗲𝗱 𝗦𝗮𝗹𝗹𝗲𝗵. Beliau menekankan pentingnya memahami realiti dalam dunia pekerjaan, terutamanya sebagai penjawat awam. . “𝙆𝙞𝙩𝙖 𝙥𝙚𝙧𝙡𝙪 𝙗𝙚𝙠𝙚𝙧𝙟𝙖 𝙠𝙪𝙖𝙩 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙞𝙠𝙪𝙩 𝙠𝙚𝙥𝙚𝙧𝙡𝙪𝙖𝙣 𝙩𝙪𝙜𝙖𝙨, 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙢𝙖𝙩𝙖-𝙢𝙖𝙩𝙖 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙚𝙟𝙖𝙧 𝙥𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙩,” katanya. Beliau turut menasihati agar semua sentiasa berusaha menjadi penjawat awam yang berguna dan memberi impak positif kepada masyarakat.

Ulasan beliau bukan sahaja memberikan kesan mendalam kepada pelajar latihan industri, malah turut menjadi peringatan bermakna kepada seluruh kakitangan pejabat pertanian daerah kulai

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan.

.

.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Mohamad Sabu

Arthur Joseph Kurup

Onn Hafiz Ghazi

Zahari Sarip.

.

.

#pertanianjohor

#mydoa

#doajohor

#majujohor

#mediadigitaljohor

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *