𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐋𝐀𝐈

.

.

.

𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤𝐚𝐥 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐢𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐮𝐥𝐚𝐢 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐓𝐚𝐧𝐢 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐁𝐚𝐭𝐮 𝐏𝐚𝐡𝐚𝐭 𝐤𝐞 𝐋𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐯𝐨𝐤𝐚𝐝𝐨

𝐏𝐚𝐝𝐚

22 Mei 2025 | Khamis

𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐯𝐨𝐤𝐚𝐝𝐨:

En. Won Shyue Fung

𝐋𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤:

Kg. Baru Sengkang

𝐋𝐮𝐚𝐬 𝐅𝐢𝐳𝐢𝐤𝐚𝐥:

3.2 hektar

Lawatan teknikal ini melibatkan Pegawai Pertanian Daerah Kulai bersama pengusaha tani dari Batu Pahat, En. Jasman bin Sardi, yang menunjukkan minat mendalam terhadap tanaman komoditi berpotensi tinggi iaitu avokado.

Program lawatan ini memberi peluang kepada peserta untuk mengikuti pembelajaran secara langsung melibatkan pelbagai aspek agronomi tanaman avokado. Antara topik yang dibincangkan termasuk pemilihan varieti yang sesuai, teknik pembiakan melalui amalan, amalan pembajaan yang berkesan, kawalan penyakit dan perosak, serta kaedah penuaian yang betul.

Diharapkan khidmat pengembangan yang dilaksanakan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat, khususnya dalam memperkasa sektor pertanian bernilai tinggi di negeri Johor.

.

.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Onn Hafiz Ghazi

Mohamad Sabu

Yosri Mohd

#MajuJohor

#doajohor

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *