YB TN HJ MOHD YUSLA BIN ISMAIL ADUN SENGGARANG bertanyakan soalan berkenaan pembangunan Industri Asas Tani di negeri ini
Johor mendahului dalam pembangunan Industri Asas Tani (IAT) berbanding negeri2 lain di negara ini. Untuk tahun 2024, dari segi bilangan usahawan berdaftar di Johor seramai 1,604 usahawan berhasil atau 27% dari jumlah usahawan IAT negara. Dari segi nilai jualan produk IAT pula, Johor mencatat hampir RM348.2 juta atau 29% dari keseluruhan nilai jualan IAT di negara ini. Daripada jumlah 1,604 usahawan ini pula, seramai 321 adalah dalam golongan belia iaitu 20% dari jumlah tersebut
Pada tahun 2024, kerajaan telah memperuntukkan hampir RM4.67 juta bagi memperkasa seramai 264 usahawan Industri Asas Tani (IAT) seluruh Negeri Johor. Antara yang dilakukan termasuklah memberi latihan, bimbingan dan khidmat nasihat, serta insentif2 lain seperti menaik taraf bengkel pemprosesan makanan dan program2 pengiktirafan pensijilan seperti MeSTI, HALAL dan MyGAP.
Kerajaan Johor sentiasa komited dalam memperkukuh industri asas tani di negeri ini. Ia bukan sahaja akan meningkatkan pendapatan usahawan tani, malah turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negeri Johor secara mampan dan berdaya saing di peringkat domestik dan antarabangsa
![]()
