𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐘𝐄𝐑 𝐇𝐈𝐓𝐀𝐌
KURSUS USAHAWAN TANI
Tarikh : 15 & 16 Mei 2025 (Khamis dan Jumaat)
Tajuk Kursus : Kursus Pengurusan Tanaman Hiasan
Bertempat : Pusat Pertanian Ayer Hitam, Kluang
Lokasi Amali : Nurseri/Perkarangan Bilik Kuliah
Penglibatan : Usahawan dan orang awam
Jumlah peserta : 19 orang
Perasmi : Hajah Ruzilah binti Ya’acob ( Ketua Bahagian Pembangunan)
Tenaga Pengajar : Muhammad Najib Bin Norhalim (Ketua Seksyen Senitaman dan Landskap) sambil dibantu oleh dua orang pembantu khidmat am.
Kursus ini dijalankan selama dua hari dimana pada hari pertama disebelah pagi, peserta diberikan ilmu teori lengkap berkaitan pengurusan tanaman hiasan landskap.
Pada hari kedua, peserta diberikan peluang melakukan sendiri (hand’s on) pengurusan tanaman hiasan.
Melalui cara ini, para peserta kursus akan dapat mendalami dan memahami lebih terperinci setiap silibus dibawah pengurusan tanaman hiasan contohnya :
1) Penanaman
2) Kaedah Pembajaan
3) Jenis Pemangkasan
4) Pengawalan Rumpai
5) Penyiraman
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Negeri Johor











































![]()
