๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
KURSUS USAHAWAN INDUSTRI ASAS TANI
Tarikh : 15 & 16 Mei 2025 (Khamis dan Jumaat)
Tajuk Kursus : Kursus ‘No Bake Cake’
Bertempat : Pusat Pertanian Ayer Hitam, Kluang
Lokasi Amali : Makmal IAT 1
Penglibatan : Usahawan dan orang awam
Jumlah peserta : 14 orang
Perasmi : Hajah Ruzilah binti Ya’acob ( Ketua Bahagian Pembangunan)
Tenaga Pengajar : Puan Siti Khadijah binti Md Yusof (Ketua Unit Industri Asas Tani)
Kursus ini dijalankan selama dua hari dimana pada hari pertama disebelah pagi, peserta diberikan ilmu teori serba ringkas dan seterusnya peserta masuk ke makmal IAT untuk mempelajari cara penghasilan pelbagai produk yang terkandung dalam silibus kursus.
Sesi ini dibimbing oleh tenaga pengajar, Puan Siti Khadijah sambil dibantu oleh peserta praktikal dan pekerja myStep.
Para peserta di dedahkan dengan pembuatan Kek Batik Indulgence dan ‘Peanut Butter Cheesecake’. Peserta di ajar teknik memutar cream yang betul dan tepat, agar cream cheese tidak cepat cair di suhu bilik
Pada hari kedua, peserta didedahkan dengan ilmu pembuatan kek viral iaitu Tiramisu. Peserta diajar teknik pembuatan ladyfinger homemade, kerana stok ladyfinger dipasaran susah untuk didapati. Peserta juga di ajar pembuatan Red Velvet Moist Cake dengan cream cheese yang tahan di suhu bilik. Selepas sesi tunjuk ajar, peserta diberikan peluang melakukan sendiri (hand’s on) produk-produk yang telah diajarkan secara berkumpulan.
Melalui cara ini, para peserta kursus akan dapat mendalami dan memahami lebih terperinci setiap proses penghasilan produk-produk dalam kursus ‘No Bake Cake’ ini iaitu :
1) Kek Tiramisu
2) ‘Peanut Butter Cheesecake’
3) Kek Batik Indulgance
4) ‘Red Velvet Moist Cake’
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan












































![]()
