๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
.
.
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐ผ๐ต๐ผ๐ฟ ๐๐ฎ๐ต๐ฟ๐, ๐ฎ๐ฌ โ ๐ฎ๐ญ ๐ ๐ฒ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ โ Jabatan Pertanian Negeri Johor telah menganjurkan ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ป๐ฑ๐ถ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐ป๐ผ๐๐ฎ๐๐ถ ๐๐ฎ๐๐ฒ๐ด๐ผ๐ฟ๐ถ ๐ฃ๐ฒ๐ด๐ฎ๐๐ฎ๐ถ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐๐ฎ๐ป๐ถ bertempat di Bilik Seminar Tingkat 2, Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru. Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan budaya inovasi dan kreativiti dalam kalangan pegawai serta petani seluruh negeri Johor, ke arah memperkasa sektor pertanian melalui teknologi dan ciptaan baharu yang praktikal.
Pejabat Pertanian Daerah Kulai telah mengambil bahagian dengan penuh semangat, menghantar empat penyertaan dalam kategori pegawai. Inovasi yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
1. ๐๐น๐ฎ๐ ๐ ๐ฒ๐บ๐ฒ๐๐ถ๐ธ ๐๐ผ๐ฝ๐ถ โ Inovasi yang direka untuk memudahkan proses penuaian buah kopi dengan lebih efisien.
2. ๐ฆ๐บ๐ฎ๐ฟ๐ ๐ฆ๐ต๐ผ๐๐ฒ๐น ๐ ๐๐น๐๐ถ๐ฝ๐๐ฟ๐ฝ๐ผ๐๐ฒ (๐ฆ๐ฆ๐ ) โ Cangkul pelbagai guna yang praktikal untuk pelbagai kerja tanah dan penjagaan tanaman.
3. ๐๐ญ ๐ง๐ฟ๐ฎ๐ โ Dulang semaian yang direka bentuk secara ergonomik untuk memudahkan pengendalian dan menjimatkan ruang.
4. ๐ฆ๐บ๐ฎ๐ฟ๐ ๐ฆ๐ถ๐ด๐ฎ๐ถ โ Alat khas yang direka untuk memanjat pokok secara selamat dan stabil bagi kerja-kerja pemangkasan. Inovasi ini dibangunkan oleh pegawai dari Pejabat Pertanian Daerah Kulai dan menjadi salah satu penyertaan yang membanggakan.
Selain penyertaan dari Kulai, pertandingan ini turut disertai oleh semua Pejabat Pertanian Daerah lain dengan inovasi masing-masing yang tidak kurang hebatnya.
Pertandingan telah dinilai oleh panel pengadil yang terdiri daripada empat orang profesional berpengalaman dalam bidang pertanian dan teknologi. Nama-nama pengadil adalah seperti berikut:
๐๐ฎ๐๐ง. ๐๐๐ก๐๐ง๐ข ๐๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐๐๐ฃ๐ข๐
Pegawai Pertanian G10
Institut Pertanian Ayer Hitam
๐๐ฎ๐๐ง ๐๐ฎ๐ฅ๐ข๐ ๐๐๐ซ๐ณ๐ฅ๐ข๐ง๐๐ ๐๐จ๐ก๐ ๐๐๐ณ๐๐ค๐ข
Pegawai Penyelidik kanan Q12
Stesen MARDI Kluang
๐๐ฎ๐๐ง ๐๐๐ก๐๐๐ญ๐ฎ๐ฅ ๐ ๐๐๐ข๐ณ๐ข๐ง ๐๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐๐จ๐ซ๐ฆ๐๐ง
Penolong Pengurus E9
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Selatan
Program selama tiga hari ini bukan sahaja membuka peluang kepada pegawai dan petani untuk mempamerkan hasil inovasi masing-masing, malah turut menjadi medan perkongsian idea dan amalan terbaik antara daerah dalam memajukan sektor pertanian negeri Johor secara menyeluruh.
.
.
.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan























![]()
