Lawatan Penghakiman Pertandingan Anugerah Kumpulan Wanita Jaya (AKWJ) Bersempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) Tahun 2025

KPW Tani Komuniti, Kampung Datoโ€™ Abdul Rahman Yassin (KDARY) telah terpilih mewakili Jabatan Pertanian Negeri Johor bagi Pertandingan Anugerah Kumpulan Wanita Jaya (AKWJ) Tahun 2025. Telah berlangsung lawatan penghakiman pertandingan yang dibentangkan oleh pengerusi KPW Tani Komuniti, KDARY iaitu Puan Siti Radziah binti Mohd Said.

Barisan juri yang diketuai oleh Puan Juliana Hii Li Li, Encik Ahmad Syazwan Bin Ahmad Nordin dan Puan Nur Diyana Binti Roslan telah hadir bagi sesi penghakiman pertandingan. Turut hadir sama Encik Mohd Hafiz Bin Ramly, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) Negeri Johor sebagai wakil rasmi Pengarah Pertanian Negeri Johor dan Puan Hajah Azurawati Binti Wahid, Pegawai Daerah Kluang.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan juri yang telah memilih KPW Tani Komuniti, KDARY sebagai salah satu kumpulan dalam Pertandingan Anugerah Kumpulan Wanita Jaya (AKWJ) Tahun 2025. Semoga ada sinar yang membawa kejayaan kepada kumpulan ini.

Mohamad Sabu

Onn Hafiz Ghazi

Zahari Sarip.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Pejabat Pertanian Daerah Kluang

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Imbasan Berita