8 Mei 2025 | 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐔𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓
Barisan juri yang diketuai oleh Encik Zaifiwan bin Mat Zin, Encik Hanifah Bin Hassan, Dr Nurazwin binti Zulkifli, Encik George Karung Anak Barat serta urusetia Cik Angeline Tiong Anak Francis Akin telah hadir di Daerah Segamat Johor bagi sesi penjurian pertandingan. Turut hadir sama Tn Hj Yosri Bin Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor dan Encik Mohd Hafiz Bin Ramly, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan).
Encik Zamry bin Aya , Pegawai Pertanian Segamat serta warga kerja Pejabat Pertanian Daerah Segamat telah membawa para juri ke lokasi pengembangan berikut :
1. KM Sofliyana Enterprise ( Usahawan Kerepek Pagoda)
Majlis Perasmian Hari Bertemu Pelanggan oleh Ybhg Tn Mohd Riduan bin Yunos, Wakil Rasmi ADUN Pemanis Segamat
2. Projek Komuniti Masjid IOI Segamat ( Tanaman Cili Fertigasi)
Inovasi : ASET dan FOOWREGTOR
3. Cam Fruit ( Usahawan Industri Durian)
Majlis Perasmian Cold Room oleh Pengarah Pertanian Negeri Johor
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan juri yang telah memilih Pejabat Pertanian Daerah Segamat sebagai 5 teratas dalam pertandingan ini. Semoga mereka beroleh kemenangan dalam pertandingan peringkat kebangsaan ini.


























![]()
